fbpx

Brownies Cookies, Bahan Yang Sama Tapi Berbeza Pada Cara Adunan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya banyak biskut raya dan kek yang dikongsi menggunakan resipi dan bahan yang sama, namun ada yang menjadi, dan ada yang bermasalah. Sebenarnya besar kemungkinan, cara adunan, masalah ketuhar dan pelbagai lagi boleh menjadi punca kepada biskut tak jadi. Bukan salah resipi.

“Brownies Cookies..!! Jangan sesekali salahkan resepi yang orang beri.. maybe cara kita yang adun adunan tu yang salah..?? Maybe bahan yang kita guna tu lain..?? Maybe masa kita bancuh kita membebel²..?? hahaha.. maybe masa buat tu, anak dok sibuk kacau kita..?? Maybe suhu oven kita yang bermasalah..?? Maybe itu, maybe ini.. hahaha..bnyk eh maybe dia.. sbb tu, sy suka buat bnyk kali sehingga menjadi.. cari di mana silap kita, bukan silap resepi.. kesian org yang share resepi tu.. dah la share resepi, bila tak jadi, salahkan resepi pulak.. adoiii.. hahahaha.. ok done membebel..

Sy edit post ni ye.. ramai yang tanya resepi n tips.. baca dgn tenang yee.. 😂😂 .. kebanyakan resepi semua sama je bahan²nya.. beza pada cara² nak adun.. yg bawah ni cara sy sendiri.. selamat mencuba ye kawan².. tak faham boleh tanya.”

 

Bahan :

120 gram dark compounds coins (beryl’s)

27 gram marjerin pelangi

67 gram brown sugar

1 biji telur gred B (sejuk dari peti ais)

37 gram tepung gandum (cap ros)

Kekacang (almond slice/almond nib)

 

Cara :

1. Cairkan dark coklat dan marjerin menggunakan kaedah double boil.

2. Mixer brown sugar dan telur pada kelajuan tinggi selamat 5 minit.

3. Kemudian tambah coklat yang telah cair ke dalam mixer. Mixer pada kelajuan sederhana selama 10 saat sahaja.

4. Selepas itu, tambah tepung gandum, guna kaedah kaup balik sehingga sebati semua adunan.

5. Rehatkan adunan sekejap dalam bekas dalam 10 minit.

6. Masukkan adunan di dalam piping bag.

7. Picit adunan di atas macaron mat. Kemudian tabur kekacang di atasnya.

8. Panaskan oven pada suhu 180°c dan bakar selama 15 minit. (Saya guna oven noxxa..rak no 2).

9. Selepas bakar, biarkan cookies di dalam macaron mat dalam 5 minit. Biar sejuk sedikit baru mudah nak tanggal cookies tu.

Sumber : Dasyarilawati Suzirah Daud

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x