fbpx

Buat Ayam Goreng Yogurt Rangup. Seketul Mana Cukup, Mesti Anak-Anak Tambah.

iCookAsia

Dah bosan dengan Ayam Goreng biasa atau Ayam Goreng diluar seperti Ayam Goreng KFC, McDonalds? Jom Admin kongsikan resepi Ayam Goreng Yogurt daripada seorang pengguna Facebook ini. Rasanya memang sangat rangup dan ada kelainan sedikit daripada Ayam Goreng biasa. Nak tahu bagaimana? Jom cuba! Pasti anak-anak akan suka dengan resepi baru ini. 

Terima kasih Iza Abu Bakar untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Yogurt ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam (bahagian paha)

1 sudu kecil lada sulah 

1 sudu besar gula perang

Garam secukup rasa

1 sudu besar yogurt asli

Tepung jagung secukupnya (untuk salut ayam)

Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Masukkan ayam dalam satu bekas. Kemudian masukkan bahan bahan tadi kecuali tepung jagung. Gaul sekata.


2. Kemudian masukkan tepung jagung. Gaul hingga ayam tersalut keseluruhannya.

3. Panaskan minyak. Kemudian goreng ayam hingga masak.


4. Bila ayam sudah masak, angkat dan toskan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x