fbpx

Buat Breakfast Simple Sahaja, Cekodok Pisang. Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

iCookAsia

Sedapnya kalau makan Cekodok Pisang kan? Apatah lagi kalau buat untuk sarapan mahupun makan petang. Bukan itu sahaja, bertambah nikmat jika Cekodok tersebut rangup di luar lembut di dalam. Memang kena buat banyak terus.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noriza Awang Hamat perkongsian resipi Cekodok Pisang ini 🙂 1Bahan-bahan:

10 biji pisang (Kalau buah pisang yang besar kurangkan, dilenyek ketepikan)

2 sudu besar Planta

4 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil garam.

2 cawan lebih sikit tepung gandum

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas kecuali tepung gandum.
  2. Kemudian, gaulkan sebati. Jangan dikisar nanti akan jadi tak sedap.
  3. Masukkan pula tepung gandum.
  4. Perapkan selama 1/2 jam.
  5. Akhir sekali, gorengkan dalam minyak yang panas dengan api yang sedang-sedang sahaja. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x