fbpx

Buat Brownies Ada Kedutan, Baru Berselera Untuk Dihidangkan!

iCookAsia

Kalau buat brownies, rasa macam kecewa je sebab tak ada kedutan atas dia kan? Walaupun kita guna bahan-bahan yang sama, tapi teknik tu yang penting untuk kita dapatkan kedutan atas brownies tu. Admin nak kongsikan dekat sini, macam mana nak dapatkan kedutan atas brownies, supaya kita tengok pun dah berselera! 😀

Terima kasih Nieza Nor Hamnira untuk perkongsian rahsia kedutan brownies ni 🙂

Rahsia Kedut Brownies:

  1. Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah.
  2. Pastikan cairan coklat yang di-double boil tidak sejuk atau masih panas hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur dan gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.

Nota:

  1. Tiada perubahan daripada segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
  2. Telur dan gula pukul hingga sedikit berkrim, cairan coklat TIDAK SEJUK atau MASIH PANAS.
  3. Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal atau murah bukan itu penyebab tiada kedutan.

Kredit tips dan gambar: Nieza Nor Hamnira (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.com

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x