fbpx

Buat Bubur Gandum Sebagai Pencuci Mulut Selepas Hidangan Utama. Resepi Mudah Dan Sedap.

iCookAsia

Kalau anda seorang penggemar Bubur, hidangan Sagu Gula Melaka pasti menjadi pilihan anda pada bulan puasa ini kan? Tetapi, pernahkah anda cuba akan pencuci mulut Bubur Gandum ini? Rasanya yang manis dari Kuah dan kenyal daripada doh yang dibuat pasti kena dengan tekak anda. Lagi sedap jika dihidang selepas makanan utama anda. Yang belum pernah rasa, jom cuba buat hari ni!

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Bubur Gandum ini 🙂

Ramuan Doh:

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 sudu makan air kapur

Air secukupnya

Caranya:

  1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
  2. Gaul rata kemudian masukkan air kapur dan air.
  3. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
  4. Selepas itu bulat-bulat doh kecil-kecil hingga habis.
  5. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan doh tadi.
  6. Biar sehingga timbul, angkat terus rendam dalam air sejuk.

Bahan Kuah:

2 1/2 cawan santan

1/2 cawan air gula merah

1/2 cawan gula pasir

1 sudu besar sagu biji

3 helai daun pandan

Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Tuang santan dalam periuk masukkan gula pasir, daun pandan dan air gula merah Sedikit garam.
  2. Kacau rata kemudian masukkan doh dan biji sagu atas api kacau.
  3. Apabila sudah mendidih tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x