fbpx

Buat Burnt Cheese Cake Menggunakan 6 Bahan Je! Guna Air Fryer, Lagi Mudah.

iCookAsia

Apa je lagi yang tidak boleh dimasak menggunakan Air Fryer? Tiada lagi takat ini kan? Seperti perkongsian resipi dibawah ini, beliau menggunakan Air Fryer sahaja untuk membuat Burnt Cheese Cake yang pernah Viral pada tahun lepas. 

Boleh lah buat untuk sesiapa yang teringin benda manis tu, hehehe.

Terima kasih Nurul Izwahida Othman untuk perkongsian resipi Burnt Cheese Cake ini 🙂

Bahan-bahan:

250g cream cheese

125ml whipping cream

1 sudu esen vanilla

2 sudu besar gandum

3 biji telur

½ cawan gula (kalau nak lebih manis, boleh letak ¾ cawan gula)

Cara membuat:
1. Kisar kesemua bahan.


2. Masuk dalam loyang dan Air Fryer dengan suhu 170 celcius selama 30 minit.


3. Selepas bakar, biarkan sejuk selama 15 minit dan kemudian masuk ke dalam peti ais selama 1 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Izwahida Othman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x