Biasa jumpa hidangan Cheesekut biasa kan? Kali ini Admin nak kongsikan hidangan Cheesekut yang menggunakan Biskut Oreo. Siapa sahaja yang tidak tahu biskut Oreo kan? Yang menariknya, hidangan ini menggunakan 4 bahan sahaja dan tanpa menggunakan Gelatin.
Jom cuba untuk pencuci mulut di rumah pada musim PKP ini?
Terima kasih As Zulqa untuk perkongsian resipi Cheesekut Oreo ini 🙂
Bahan-bahan:
250g cream cheese
½ cawan fresh milk
⅓ cawan susu pekat manis (boleh adjust ikut tahap kemanisan anda)
1 ½ peket Oreo (dihancurkan, tapi ½ peket jangan hancurkan untuk simpan buat topping)
Cara membuat:
- Kisar sebari cream cheese, susu pekat dan fresh milk.
- 1 ½ peket Oreo dibuang cream atau inti tengah. Kemudian hancurkan biskut. Untuk ½ peket lagi di simpan tepi.
- Di dalam bekas kecil, lapiskan yang pertama atau bawah sekali dengan adunan cream cheese.
- Kemudian lapiskan Oreo hancur dan ulang melapis hingga habis.
- Akhir sekali, tabur sedikit Oreo hancur. Kemudian, topping kan dengan 1 biji Oreo.
*Simpan dalam peti ais dahulu kalau nak lebih sedap
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: As Zulqa (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos