in ,

Buat Cheesekut Oreo Guna 4 Bahan Je! Ini Dia Resepi Tanpa Oven, Gelatin Dan Mixer.

Biasa jumpa hidangan Cheesekut biasa kan? Kali ini Admin nak kongsikan hidangan Cheesekut yang menggunakan Biskut Oreo. Siapa sahaja yang tidak tahu biskut Oreo kan? Yang menariknya, hidangan ini menggunakan 4 bahan sahaja dan tanpa menggunakan Gelatin. 

Jom cuba untuk pencuci mulut di rumah pada musim PKP ini?

Terima kasih As Zulqa untuk perkongsian resipi Cheesekut Oreo ini 🙂

Bahan-bahan:

250g cream cheese

½ cawan fresh milk

⅓ cawan susu pekat manis (boleh adjust ikut tahap kemanisan anda)

1 ½ peket Oreo (dihancurkan, tapi ½ peket jangan hancurkan untuk simpan buat topping)

Cara membuat:

  1. Kisar sebari cream cheese, susu pekat dan fresh milk.
  2. 1 ½ peket Oreo dibuang cream atau inti tengah. Kemudian hancurkan biskut. Untuk ½ peket lagi di simpan tepi. 
  3. Di dalam bekas kecil, lapiskan yang pertama atau bawah sekali dengan adunan cream cheese. 
  4. Kemudian lapiskan Oreo hancur dan ulang melapis hingga habis. 
  5. Akhir sekali, tabur sedikit Oreo hancur. Kemudian, topping kan dengan 1 biji Oreo. 

*Simpan dalam peti ais dahulu kalau nak lebih sedap

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: As Zulqa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.