fbpx

Buat Kek Pisang Lembut Dan Gebu, Confirm Puas Hati Makan!

iCookAsia

Yang suka makan kek pisang macam Min, kena cuba resepi yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook ini. Rasa yang moist, lembut dan yang penting tak muak langsung tau! Nak letak topping apa pun boleh.

Jom try.

Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 cawan minyak jagung

4 biji telur gred A atau 5 biji gred B

3/4 cawan gula perang

1/2 sudu kecil garam halus

1 sudu besar jus lemon

1 cawan pisang berangan atau pisang raja

Bahan B:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri atau tepung gandum ditambah 1 sudu kecil serbuk penaik ditambah 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan kecuali pisang ke dalam pengisar, kisar sampai gebu dan sebati.
  2. Kemudian, masukkan pisang dan kisarkan selama 3 saat sahaja, tak perlu lama.
  3. Sediakan 1 bekas besar, masukkan tepung naik sendiri atau nak guna tepung gandum pun boleh tapi kalau pakai tepung gandum, kena campur dengan serbuk penaik dan baking soda. Terpulang mana yang senang. Dua-dua sedap.
  4. Seterusnya, tuang bahan yang sudah dikisar ke dalam bekas mengandungi tepung dan kacau sebati. Kemudian boleh di masukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin. Boleh guna bekas aluminium foil sahaja, memudahkan kerja. Selepas itu, tabur coklat coin, hirisan atau choc chip pun boleh.
  5. Sebelum itu, panaskan oven lebih awal, supaya lepas siap adunan terus boleh bakar sebab buat kek ni sekejap sangat. 
  6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 celcius, selama 50 hingga 60 minit bergantung pada jenis oven juga la. Kena tengok-tengok kalau sudah masak. Selamat mencuba semua!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail(Facebook)

Nak cari oven yang berkualiti dan bagus. Meh tengok sini: https://shope.ee/8pM1KYNqT7 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x