fbpx

Buat Kek Sarang Semut Yang Anti-Gagal. Gunakan Tips Dalam Resepi Ini Untuk Hasil Yang Menjadi.

iCookAsia

Kek Sarang Semut ini antara kek yang ‘legend’ dimana, orang-orang lama sahaja yang tahu kek ini. Di zaman moden ini, tidak ramai tahu dan tidak biasa untuk dihidang pada tetamu. Kalau anda pergi ke kampung, pasti atuk nenek pernah jamu kek ini pada tetamu. 

Sudah menjadi adat dan kebiasaan pada orang-orang lama menyediakan Kek Sarang Semut ini. Kalau anda tidak pernah cuba Kek ini, anda patut cuba buat di rumah. Alang-alang sekarang pun sudah musim PKP, banyak masa di rumah. Jom buat!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kek Sarang Semut ini 🙂

Bahan-bahan:

(Untuk Gula Hangus)

1 cawan gula pasir

1 cawan air panas

1/3 cawan marjerin

**gula tu bagi perang, baru masukkan air panas. Masukkan marjerin dan barkan marjerin cair. Ketepikan.

 

(diayak)

1 cawan tepung gandum

2 sudu teh soda bikarbonat

 

3 biji telur gred A

1/2 cawan susu pekat

Cara membuat:

  1. Kacau telur dengan tangan, tak perlu guna hand mixer.
  2. Campur susu pekat.
  3. Campur marjerin cair.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan gula hangus.
  7. Bila dah kacau sebati, tapiskan.
  8. Perap 1 jam keatas.
  9. Bakar pada suhu 150′ 20 minit, api atas bawah, loyang di tengah.
  10. Lepas 20 minit, ubah loyang dibawah suhu masih 160′ guna api atas bawah dan bakar hingga masak.
  11. Tunggu suam, baru terbalikkan. Potong melintang untuk menampakkan lubang lubang tersebut. 

Tips untuk tahu kek dah masak: Cucuk dengan lidi di tengah. Kalau adunan tidak melekat, sudah masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x