fbpx

Buat Kuih Bahulu, Jadi Harum Semerbak Rumah. Guna 4 Bahan Je!

iCookAsia

Kuih Bahulu ini antara hidangan yang kalau dimasak itu, boleh bau harum semerbak rumah. Betul tak? Nak buat Kuih ini perlu ada acuannya, baru menjadi bentuk yang diinginkan. Tapi sekarang ini mudah je nak dapatkan acuannya. Boleh dapat di Shopee je. 

Haa, kalau yang dah ada acuan di rumah tu bolehlah cuba buat resepi ini di rumah. Kalau dah mahir dan hasilnya sedap boleh buat jualan kecil-kecilan. Pasti ramai suka!

Terima kasih Nur Masri untuk perkongsian resipi Kuih Bahulu ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula

10 biji telur

Esen vanilla

Cara membuat:

  1. Mixed gula, telur dan esen vanilla hingga betul- betul kembang.
  2. Sangai atau jemur tepung gandum sehingga ringan kemudian ayak.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah siap diayak ke dalam adunan yang di mixed tadi dan kacau sebati.
  4. Sapukan sedikit minyak pada acuan bahulu dan panaskan acuan sahaja (supaya bahulu tak melekat).
  5. Keluarkan acuan yang dipanaskan dan tuangkan adunan ke dalam acuan bahulu.
  6. Bakar pada suhu 200°c selama 15 minit dengan menggunakan api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x