Siapa sahaja yang tidak kenal Kuih Kasturi? Kuih tradisi tetapi tidak ramai yang gemar. Bagi peminat kacang hijau, pasti gemar akan kuih ini kerana itulah bahan utama yang digunakan.
Tetapi, pernahkah anda mencuba untuk campur Jagung didalam bahan untuk membuat Kuih ini? Tak pernah kan? Jom cuba!
Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Kuih Kasturi Jagung ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau
Air secukupnya
½ cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Caranya:
- Rebus kacang hijau dengan air secukupnya hingga kacang empuk.
- Kemudian, masukkan jagung dan biarkan sekejap.
- Seterusnya, buangkan air.
- Masukkan ½ cawan gula (ikut selera nak manis atau tidak), 1/2 cawan tepung gandum dan secubit garam. Kacau hingga kering. Apabila dah sejuk, baru bentukkan.
Bahan untuk adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu kecil marjerin
Secubit garam
Serbuk kunyit
Caranya: Sebatikan semua bahan. Celupkan inti kacang tadi dan goreng bila minyak betul-betul panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos