in , ,

Buat Kuih Ketayap, Kulitnya Ikut Lekuk Periuk. Cuba lah, Baru Nampak Menarik Kuih Tradisional Ini.

Kuih Ketayap atau juga di sesetengah negara Asia yang memanggil ia Kuih Gulung atau Dadar Gulung. Kuih tradisional malaysia yang sangat terkenal. Sesuai untuk dihidang pada waktu sarapan  atau juada pada bulan puasa. Senang juga sebenarnya nak buat. Yang penting, anda kena practice, sampai puas hati dan perfect!

Terima kasih dapurkakzura untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 biji telur gred A

1 cawan jus pandan

2 1/2 cawan santan sederhana cair

Secubit garam

Sedikit pewarna hijau epal

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan-bahan hingga hancur halus.
  2. Panaskan kuali (“akak guna periuk/kuali desseni”) dan sapu nipis minyak.
  3. Tuang 1 senduk adunan dalam kuali (lenggang kan) dan apabila sudah masak, angkat. 
  4. Ulang sehingga habis adunan.

Bahan untuk Inti Kelapa:

1 biji kelapa parut putih

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1 1/2 cawan air

2 helai daun pandan

1 sudu besar tepung ubi

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Masak air dan gula-gula hingga larut. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam. Kacau hingga rata.
  2. Agak-agak sudah kering sikit, masukkan tepung ubi dan kacau hingga sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapurkakzura (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0