fbpx

Buat Kuih Lapis Perisa Pandan. Tambah Je Jus Pandan, Memang Wangi Semerbak & Lembut!

iCookAsia

Kuih Lapis ini secara tradisionalnya, memang menggunakan pewarna merah jambu dan itulah hasilnya merah jambu dan putih. Tetapi, pernahkah anda cuba untuk memberi kelainan pada Kuih Lapis ini?

Seperti seorang pengguna Facebook ini, memberi kelainan pada Kuih Lapis dengan mencampurkan jus pandan kedalam adunan. Jadi, terhasillah Kuih Lapis Pandan. Memang harum semerbak tau hasilnya. Jom cuba!

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras – cap bunga teratai 

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

3/4 cawan gula (nak manis lagi tambah)

4 cawan santan

1/2 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun dengan 1/2 cawan air, kemudian tapiskan)

Sedikit garam

Pewarna hijau

Cara membuat:

  1. Bancuh semuanya sampai sebati dan tapiskan.
  2. Bahagi adunan kepada 2 bekas.
  3. Satu bekas warnakan hijau dan satu lagi tanpa pewarna.
  4. Acuan disapu nipis minyak.
  5. Kukus warna hijau berselang seli dengan putih.

*Setiap lapis kukus 4 – 5 minit. 

*Lapisan yang terakhir kukus 15 minit.

  1. Apabila sudah siap, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.

Nota: Kalau guna loyang 8×8, kukus selapis-selapis pada 7 minit. Kemudian, kukus lapisan akhir selama 20 – 25 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x