fbpx

Buat Kuih Tradisional, Kuih Sagu Merah Menggunakan Acuan Lompang Sahaja.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tak kenal Kuih Sagu Merah ini. Menjadi kegemaran ramai orang dan lebih-lebih lagi ianya antara Kuih yang wajib ada pada setiap gerai di tepi jalan. Biasa kita buat Kuih Sagu Merah ni bentuk segi empat kan? 

Kini, lebih mudah anda boleh menggunakan Acuan Lompang sahaja. Tapi perlu dah nak potong-potong kuih ini. Jom cuba!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Kuih Sagu Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan biji sagu (rendam dan tapis)

1 cawan gula (boleh kurangkan, jika mahu)

3 cawan air

1 sudu besar sirap merah (ikut suka nak merah bagaimana)

Cara membuat:

  1. Sediakan kuali sahaja, senang. Masukkan air, gula dan sirap. Masak hingga gula larut. 
  2. Masukkan sagu. Balik-balik sekejap dan matikan api. Jangan sampai kering pulak (masak cara ni untuk sebatikan warna sahaja).
  3. Panaskan pengukus.

*menggunakan acuan lompang, tak perlu sapu minyak terlebih dahulu. 

  1. Masukkan sagu merah tadi secukupnya ke dalam acuan.
  2. Selepas itu, kukus selama 15-20 minit.
  3. Apabila sudah siap, tunggu sejuk baru la keluarkan dari acuan.
  4. Akhir sekali, golek-golekkan kuih pada kelapa parut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x