in

Buat Lemang Cara Kukus Guna Paper Cup. Mudah, Jimat Dan Sedap Di Makan Begitu Saja.

Tak dapat pulang ke kampung pada Hari Raya? Jangan bersedih. Jom bersama Chef Syamil dalam membuat lemang dengan cara mudah, menggunakan teknik kukus. Sedap dan boleh kembali mood raya anda.

Bahan-bahan:
500g beras pulut
Daun pisang
Cawan Kertas
Garam
Santan

Cara membuat:
1. Basuh dan tos beras.
2. Potong daun pisang mengikut ukuran cawan (pastikan ketinggian daun pisang tidak mengganggu untuk menutup bekas pengukus anda)
3. Didihkan air untuk mengukus
4. Letakkan 1/2 beras didalam cawan bersama daun pisang tadi
5. Masukkan 3/4 santan yang sudah digaul Bersama garam di dalam cawan
6. Ketuk sedikit cawan untuk memastikan santan larut hingga ke bawah
7. Masukkan di dalam pengukus dan biar selama 1 jam
8. Pada waktu 45 minit, tekan nasi tersebut kebawah
9. Biarkan ia sejuk selama 15 minit
10. Potong cawan tersebut dan sedia untuk dihidang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada team iCookAsia ❤ #StayAtHome #StaySafe

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0