fbpx

Buat Muffin Pandan Dengan Mudah, Hanya 15 Minit Sahaja. Guna Air Fryer, Confirm Takda Hal lah!

iCookAsia

Masih menggunakan cara lama? Bakar atau kukus? Jangan susah-susah, jom kita tukar proses masakan kita dengan menggunakan Air Fryer. Bermacam-macam resepi boleh buat. Macam di bawah ini, siapa sangka boleh buat muffin pandan? Senang je, kisar, ayak dan masukkan ke dalam air fryer selama 15 minit. Dah siap!

 

Tetapi kalau anda mahu cuba resipi ini dengan teknik bakar, pasti kan dibakar pada suhu 150c selama 25 minit dengan menggunakan loyang 6” tau. 

Terima kasih Nur Filzah Akma untuk perkongsian resipi Pandan Muffin ini 🙂

Bahan bahan: (untuk 15 biji)

 

(Bahan A: dikisar/ Blend)

1 1/2 cawan susu segar

1 cawan buttercup cair

3/4 cawan gula

1 biji telur

1/4 sudu kecil perasa pandan 

 

(Bahan B: diayak)

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuat:

  1. Blend bahan A, kacau sebati dalam adunan B. Masukkan sedikit pewarna hijau. 
  2. Sudukan adunan ke dalam acuan kertas cupcake agak agak 3/4 penuh.
  3. Pre-heat Air Fryer pada 150°C / 3min.
  4. Bakar selama 15 minit. 

*Kalau anda ada choc chip, boleh guna dan tabur sebagai topping atau hiasan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Filzah Akma (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x