in ,

Buat Pulut Mangga, Kuah Melimpah. Lagi Banyak Dan Pekat Kuah, Lagi Sedap!

Pulut Mangga merupakan hidangan pencuci mulut yang terkenal di negeri Pantai Timur. Lebih-lebih kagi di negeri Kelantan. Seperti hidangan Tomyam, ada ala Thai. Hidangan pulut mangga ini juga terdeoat di Restoran Tomyam ala Thai. 

Sedap rasanya. Lebih-lebih lagi jika Kuahnya pekat dan berlemak. Haa, memandangkan musim PKP ini restoran tidak dapat beroperasi selepas pukul 8 malam, jadi hidangan Pulut Mangga pun tidak dapatlah kita nikmati. Jom buat sendiri di rumah. Jimat pun jimat. 

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Pulut Mangga ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan pulut 

1 kotak kecil santan

Gula

Garam

Sedikit air suam

Daun pandan (simpul)

2 ke 3 biji Buah Mangga 

Bijan (sangai sekejap)

1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat:

  1. Rendam sekejap pulut 30 minit. Kemudian cuci bersih dan  toskan. Sediakan pengukus dan setelah air mendidih kukus pulut lebih kurang 15 minit. Sementara itu boleh sediakan santan untuk pulut. 
  2. Campur santan kotak, sedikit gula, garam, air suam dan daun pandan ke dalam periuk dan  masak di atas api yang kecil. Masak sehingga naik wap sambil dikacau selalu. Setelah siap tutup api. 
  3. Setelah pulut masak, angkat dulu sebentar. Masukkan santan tadi sedikit ikut citarasa dan  gaulkan. Kena buat semasa pulut panas ya, tak perlu habiskan santan tadi. Gaul-gaulkan dan agak-agak sudah sebati dan elok teksturnya, kukus semula sehingga masak. Lebih kurang 20 ke 30 minit. 

Cara membuat Kuah:

  1. Lebihan santan tadi masak semula di atas api yang kecil. Jika suka boleh tambah 1 kotak lagi santan dan sedikit air suam. 
  2. Masukkan garam, gula, daun pandan dan tambah 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Rasa dulu ikut manis yang disukai. 
  3. Setelah kuah pekat boleh tutup api. Siap dan bolehlah dihidangkan ikut kreativiti anda.

Amacam? Mudah tak? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0