Kadang-kadang, tekak juga nak merasa makanan manis kan selepas selesai makan hidangan berat seperti Nasi dan Lauk-pauk. Kek sudah menjadi kebiasaan, jadi apa kata anda cuba buat resepi Kuih Sekaya ini style orang Terengganu sebagai pencuci mulut?
Terima kasih Faizatul Aida untuk perkongsian resipi Pulut Sekaya ini 🙂
Bahan-bahan untuk Pulut:
1/2 kg pulut (Rendam dahulu selama 1 jam)
1 kotak Kecil Santan
Garam
Kukus pulut bersama santan sehingga masak lebih kurang 30 minit
Bahan-bahan untuk Sekaya:
6 biji telur
6 keping gula merah atau nise
Daun Pandan
Cara penyediaan:
- Masak gula merah bersama sedikit air dan daun pandan. Biarkan kan seketika.
- Kisar telur bersama gula merah yang sudah agak-agak suam. Kemudian kukus kembali bersama pulut tadi. Kukus selama 30 minit.
- Setelah selesai, sejuk kan dulu baru potong.
*Nak sekaya tu lagi tebal boleh guna 10 biji telur
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faizatul Aida (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/