in ,

Buat Pulut Sekaya Yang Cukup Manis. Guna 10 Biji Telur Kalau Nak Sekaya Jadi Lagi Tebal.

Kadang-kadang, tekak juga nak merasa makanan manis kan selepas selesai makan hidangan berat seperti Nasi dan Lauk-pauk. Kek sudah menjadi kebiasaan, jadi apa kata anda cuba buat resepi Kuih Sekaya ini style orang Terengganu sebagai pencuci mulut?

Terima kasih Faizatul Aida untuk perkongsian resipi Pulut Sekaya ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan untuk Pulut:

1/2 kg pulut (Rendam dahulu selama 1 jam)

1 kotak Kecil Santan

Garam

Kukus pulut bersama santan sehingga masak lebih kurang 30 minit

Bahan-bahan untuk Sekaya:

6 biji telur

6 keping gula merah atau nise

Daun Pandan

Cara penyediaan:

  1. Masak gula merah bersama sedikit air dan daun pandan. Biarkan kan seketika.
  2. Kisar telur bersama gula merah yang sudah agak-agak suam. Kemudian kukus kembali bersama pulut tadi. Kukus selama 30 minit.
  3. Setelah selesai, sejuk kan dulu baru potong.

*Nak sekaya tu lagi tebal boleh guna 10 biji telur

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Faizatul Aida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0