in ,

Buat Roti John Cara Mudah Dengan Menggunakan Roti Keping Sahaja. Kalau Anak Tak Nak Makan Nasi, Boleh Hidang Ni Je.

Roti John antara hidangan kegemaran ramai pada bulan Ramadan. Dan untuk mendapatkan Roti John ini di Bazar Ramadan. Disebabkan bulan puasa pun hampir tiba, Admin bawakan resepi Roti John cara homemade, buat sendiri di rumah sahaja. Kenapa homemade? Sebab bahan yang digunakan adalah dengan menggunakan Roti Kosong atau Roti Keping yang biasa kita dapatkan sahaja. Mungkin tidak serupa, tapi cara memasak nya lebih kurang sama. 

Manalah tahu, kalau anda reti untuk adjust rasanya mengikut citarasa anda, mungkin rasanya sama sedap dengan Roti John di Bazaar? Belum cuba, belum tahu. Jom buat!

Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Roti John ini 🙂

Bahan-bahan:

Beberapa Keping Roti (Tak kisah nak pakai roti Keping jenis apa)

Telur beberapa biji (secukupnya)

Cincang halus daging/isi Ayam yang sudah direbus

Cincang halus Bawang Besar dan putih

Sagat lobak Merah, Hiris halus sayur sawi Pak Choy 

2 sudu kecil serbuk Kari, ½ sudu kecil serbuk lada sulah, ½ sudu kecil serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Sos, Mayonnaise, Cheese (Jika Suka)

Cara membuat:

  1. Pecahkan telur dan pukul seketika.
  2. Campurkan semua bahan ke dalam telur
  3. Kacau telur dengan bahan-bahan sehingga sekata.
  4. Panaskan pan api kecil, tebar telur nipis-nipis macam buat telur Dadar. Agak-agak sudah separuh masak, tepek kan roti Keping siap-siap.
  5. Selepas itu, agak-agak sudah masak, tebalikkan pula bahagian roti di sebelah bawah agar roti garing sikit, baru rangup. 
  6. Letakkan sos, mayonnaise atau cheese dibahagian atas telur (Jika suka, Tak letak pun tak mengapa).
  7. Kemudian, lipat 2 roti.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0