in ,

Buat Sambal Hitam Belimbing Buluh Siap-Siap Untuk Sahur Nanti. Boleh Simpan Lama, Rasa Pun Tetap Sedap.

Kalau anda sudah bosan makan makanan berlauk, tekak pula teringin benda simple, disini Admin kongsikan satu resipi daripada seorang pengguna Facebook yang sangat sedap tapi mudah je. Sambal Hitam Belimbing Buluh ini tak ramai yang gemar makan, tapi kalau peminat sambal atau pedas memang suka hidangan ini.

Ia pula jenis yang tahan lama. Jadi, hidangan ini memang sesuai buat stok untuk bulan Ramadan nanti. Lagi-lagi untuk waktu sahur nanti. Makan dengan nasi putih dan telur dadar. Sedap!

Terima kasih Mala Mansor untuk perkongsian resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh ini 🙂

Bahan-bahan:

½ cawan belimbing buluh rebus (cara-cara merebus di bawah)

½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing-masing)

2 cawan ikan bilis yang telah dikopek

3 ulas bawang merah dan bawang putih

Secukup rasa

Garam dan gula secukup rasa

2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

  1. Cuci bersih belimbing. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan reneh dengan api yang kecil. Biar sehingga belimbing keluarkan jusnya sendiri dan kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing kecut dan akan jadi warna gelap. 
  2. Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk bawang hingga halus. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan tumis sehingga nampak agak garing. 
  4. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga nampak garing macam serunding dan siap!

*Sambal ini boleh disimpan lama dan boleh buat banyak untuk simpan stok.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mala Mansor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0