fbpx

Buat Sambal Hitam Tanpa Belimbing Buluh. Guna Tomato Je, Dah Sedap.

iCookAsia

Hidangan sampingan yang pernah popular sehingga dibuat jualan iaitu Sambal Hitam ini memerlukan bahan belimbing buluh. Kalau ada belimbing buluh, betul-betul sedap tau. Tetapi, pernahkah anda buat Sambal Hitam tanpa menggunakan bahan ini? 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau kongsikan cara beliau tersendiri membuat Sambal Hitam tanpa menggunakan Belimbing Buluh dan hanya menggunakan tomato. Kemudian ditambah Kicap untuk beri rupanya seakan Sambal Hitam Belimbing Buluh. Resepi olahan beliau tersendiri. Jom cuba untuk nak tahu rasanya bagaimana. 

Terima kasih Fairuz Abu Hassan untuk perkongsian resipi Sambal Hitam ini 🙂

Bahan-bahan:

Tomato 6 biji

Bawang besar 3 labu

Ikan bilis 2 genggam

Cili api 15 bji

Kicap 

Cara memasak:


1. Kisar semua bahan-bahan.


2. Tumis bahan-bahan yang dikisar,letak kicap hingga warna kehitaman.


3. Masak sampai betul-betul kering.

*Tak perlu letak sebarang perisa yer. Ikan bilis dan kicap dah menghasilkan rasa masin. Tetapi terpulang pada citarasa anda. Kalau nak masin boleh tambah garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fairuz Abu Hassan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x