fbpx

Buat Sendiri Ayam Goreng Tepung Frozen, Lebih Jimat dan Mudah.

iCookAsia

Musim tak boleh keluar rumah ni, memang akan sentiasa lapar kan. Jom sediakan drumet frozen sendiri, kaedah ini lebih menjimatkan berbanding beli yang dah siap. Yelah zaman kena berjimat ini, kita terpaksa menjadi kreatif. Ibu ini berkongsi cara beliau buat sendiri ayam drumet frozen. Anak nak makan, masak sendiri je senang.

Terima kasih Siti Nor Arbi Ibarhim untuk perkongsian resipi Ayam Drumet ini 🙂

Bahan-bahan:

40 ketul ayam drumet

Tepung salut 

Cara memasak:

  1. Ayam basuh bersih.
  2. Salut ayam dengan bancuhan air Tepung Bestari.
  3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
  4. Sediakan bekas lain yang berisi Tepung Bestari.
  5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
  6. Masak sekejap secara Deep Fry. Toskan minyak. Sejukkan.
  7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
  8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing². Saya letak suhu 180c, 10minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Nor Arbi Ibrahim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x