Sukun goreng ni memang ramai peminat kan. Tapi susah juga nak dapat sekarang lagi-lagi musim macam ni. Kalau dapat kena buatlah sukun goreng ni, baru tak menyesal.
Terima kasih Tuan Adriana Arissa untuk perkongsian resipi Sukun Goreng Tepung Rangup ini 🙂
Bahan-bahan:
Tepung beras
Sedikit air kapur
Garam
1 biji telur
Pewarna kuning
Air Sejuk
Sila agak bahan-bahan ini jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang sahaja. Campur semua bahan dalam mangkuk. Sedia untuk digoreng dengan buah sukun.
Sambal Kicap
Bahan-bahan:
10 biji cili api merah
5 biji cili besar
3 ulas bawang putih
Jus limau nipis
Kicap manis
Kicap pekat
Sedikit air untuk kisar
Cara memasak:
- Goreng cili api merah, cili besar dan bawang putih.Â
- Kisar semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masak lagi sekali bagi mendidih untuk bagi sambal tahan lama.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos