in ,

Buat Sendiri Sukun Goreng Rangup, Cicah Dengan Sambal Kicap

Sukun goreng ni memang ramai peminat kan. Tapi susah juga nak dapat sekarang lagi-lagi musim macam ni. Kalau dapat kena buatlah sukun goreng ni, baru tak menyesal.

Terima kasih Tuan Adriana Arissa untuk perkongsian resipi Sukun Goreng Tepung Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

Tepung beras

Sedikit air kapur

Garam

1 biji telur

Pewarna kuning

Air Sejuk

Sila agak bahan-bahan ini jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang sahaja. Campur semua bahan dalam mangkuk. Sedia untuk digoreng dengan buah sukun.

 

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

10 biji cili api merah

5 biji cili besar

3 ulas bawang putih

Jus limau nipis

Kicap manis

 

Kicap pekat

Sedikit air untuk kisar

Cara memasak:

  1. Goreng cili api merah, cili besar dan bawang putih. 
  2. Kisar semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masak lagi sekali bagi mendidih untuk bagi sambal tahan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.