in ,

Buat Sos Untuk Vietnamese Spring Roll Tanpa Daun Ketumbar. Masih Sedap Dan Ramai Suka!

Hidangan Vietnamese Spring Roll pernah viral pada tahun lepas. Pada waktu itu memang terkenal sangat dan ramai yang mencuba. Hingga kini, hidangan ini menjadi kegemaran ramai dan menjadi pilihan ramai apabila selera teringin makanan sihat. 

Tapi adakalanya bila kita beli diluar, sos pencicahnya tidak kena pada tekak kita. Jadi, jom Admin kongsikan resepi Sos yang sedap. Boleh adjust mengikut citarasa anda sendiri. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau tidak meletakkan Daun ketumbar kerana orang di rumah tidak gemar. Dan rasanya masih sedap!

Terima kasih Intan Cahaya Rieqal untuk perkongsian resipi Sos Pencicah ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 botol Sos Cili Thai

Sedikit Sos Cili

Sedikit Sos Plum

3-4 biji Cili Api (dikiris)

Air Perahan Limau sedikit

1/3 cawan air

Air Bancuhan Tepung Jagung (kalau sos cair)

Gula dan garam secukup rasa

Daun ketumbar secukupnya 

Caranya: Campurkan semua bahan dan perasakan ikut citarasa sendiri. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Intan Cahaya Rieqal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.