fbpx

Buat Stok Kuih Semperit Klasik Ini Pun Best, Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Siapa di sini suka makan Semperit? Jom Admin nak kongsikan satu resepi yang mudah untuk buat Semperit Klasik yang mudah dan sedap. Nak buat stok sambil layan drama pun boleh tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Khairunnisa Ibrahim perkongsian resipi Semperit Klasik ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

250 g butter

1 biji kuning telur

1/2 cawan gula ising

Esen vanila (Boleh guna vanilla butter sebab lagi wangi)

Bahan B:

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastard

2 cawan tepung gandum (ayak)

Hiasan boleh sesuka hati

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul sebati bahan A.
  2. Kemudian, jika sudah sebati, masukkan tepung jagung dan kastard.
  3. Masukkan satu cawan tepung gandum dahulu.
  4. Uli dan tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga boleh diterap dengan acuan. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Agak-agak boleh terap dah cukup.
  5. Seterusnya, masukkan dahulu tepung jagung dan kastard. Selebihnya baru tepung gandum.
  6. Akhir sekali, biarkan 15 minit selepas diterap dan baru bakar pada suhu 170 selama 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khairunnisa Ibrahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x