Zaman moden ini, memang pelbagai benda yang diperbaharui, termasuklah dalam masakan. Tetapi, pembaharuannya tidak lah begitu pelik. Semuanya kreatif dan menarik. Ada juga yang menarik untuk kanak-kanak. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Bubur ala Bubur Chacha tetapi membuat adunan Lobak Merah sendiri. Bukan adunan sahaja, tetapi betuknya juga carrot. Jom buat!
Terima kasih Aishah Ismail untuk perkongsian resipi Bubur Carrot ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
Sebatang carrot
3 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Cara membuat:
- Rebus empuk lobak merah dan kemudian blend.
- Campur tepung pulut, tepung gandum, garam dan carrot tadi. Masukkan sedikit air (jangan banyak sangat, nanti jadi lembik.
- Apabila sudah menjadi doh, bentukkan seperti lobak merah/carrot. Rebus macam buat buah melaka, bila terapung tanda sudah masak.Â
- Selepas itu, masak santan gula melaka.Â
- Apabila sudah mendidih, masukkan carrot tadi.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aishah Ismail (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/