in ,

Bukan Roti Bun Biasa, Tapi Ini Dia Resepi Roti Bun Berintikan Sardin. Sedapnya…

Biasa kita lihat di pasaran atau kedai roti, Roti Bun Manis atau Kentang kan? Memang sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan air teh atau air milo. Tetapi, pernahkah anda jumpa Roti Bun yang gebu dan berinitikan Sardin? 

Jom ikuti resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Bila buat Roti Homemade ni lagi nikmat tau. Air tangan sendiri, maklumlah. 

Terima kasih Jamilah Ali untuk perkongsian resipi Roti Bun Sardin ini 🙂

Bahan-bahan untuk doh roti:

2 cawan tepung gandum

Setengah peket yis

Setengah cawan susu cair

1 biji telur

2 sudu besar gula

2 sudu besar marjerin

1 sudu kecil ovellet (membukit)

1 sudu kecil garam (bancuh dengan ½ cawan air biasa)

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air garam dalam mixer, putar kelajuan rendah dulu. Apabila nampak sudah nak sebati boleh tambah kelajuan. Sambil masuk air, putar lagi hingga kelajuan penuh sampai sudah sebati.  
  2. Berhenti untuk putar seketika dan sentuh dengan tangan, kalau doh tu melekit boleh tambah tepung sikit-sikit bagi tak melekat pada tangan. 

*Lain jenama tepung lain hasilnya ya.

  1. Rehat doh roti tadi sekitar 10-15 minit.

Bahan untuk Sambal sardin:

1 biji bawang besar (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

1 sudu besar cili boh

Minyak untuk menumis sikit

Garam dan perasa secukupnya

Cara membuat:

  1. Tumis bahan kisar dengan cili boh hingga garing, masukkan sos sardin dan ikan tu jangan masukkan lagi ya, biar kuah menjadi kering hingga gelegak percik-percik tu baru masukkan ikan, garam dan perasa. Gaul rata dan lenyekkan hingga ikan hancur.
  2. Ambil doh dan leperkan.
  3. Letak sambal dan katup balik. Gentel secara perlahan bagi bulat, kemudian susun dalam loyang, proof hingga naik separuh loyang.
  4. Bakar pada suhu oven 150 selama 12 minit atau hingga warna yang keperangan yang anda nak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jamilah Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.