fbpx

Cantik Kejadiaan Kek Ini. Ini Dia Resepi Mudah Kek Pisang, Nak Kukus Pun Boleh Tau

iCookAsia

Kek Pisang ini memang sedap walaupun ia divariasikan kepada macam-macam jenis hidangan. Rasanya yang lembut, memang tak cukup makan satu slice. Kali ini, Admin nak kongsikan satu resipi kek pisang yang sangat mudah. Anda tengok pun dah tau sedap, cantik kejadiannya.

Jom kita try.

Terima kasih Zaihanififie Abu Bakar untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Dikisar):

8 biji pisang emas

1 cawan minyak jagung

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan gula putih

3 biji telur gred A

Secubit garam

Bahan B (Untuk Diayak)

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking soda

1 sudu teh serbuk penaik

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, tuangkan bahan yang sudah di blend dalam bahan ayak.
  2. Seterusnya, kaup balikkan adunan sebati. Kalau nak buat 2 benua seperti dalam gambar itu, bahagi adunan kepada 2 bekas, 1 biar kosong dan 1 lagi masukkan serbuk koko 2 sudu makan dan kacau sebati.
  3. Tuang dalam loyang yang disapu mentega dan boleh hias sesuka hati.
  4. Akhir sekali, bakar selama 60 minit pada  suhu 170°c api atas bawah atau kukus 45 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaihanififie Abu Bakar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x