in ,

Cara Basic Untuk Membuat Cheesekut. Guna 4 Bahan Sahaja, Rasanya Tetap Sedap.

Pencuci mulut Cheesekut ini sudah lama popular dan memang ramai sudah cuma. Ianya antara resepi yang Anti-Gagal sebab teknik memasaknya lebih kurang Kek Batik. Tanpa masak, tanpa bakar, hanya masukkan dalam peti ais sahaja. Senang kan? 

Walaupun senang, disini Admin kongsikan je semula resipi yang paling mudah, hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Mana lah tahu ada yang belum pernah cuba kan, jadi boleh lah anda cuba buat yang ini. 

Terima kasih Shawatie Zakaria untuk perkongsian resipi Cheesekut ini 🙂

 

Bahan-bahan:

1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)

1/2 tin susu pekat

1/4 cawan susu segar

250g cream cheese Tatura

*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)

Cara membuat:
1. Kisar Bahan

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.

2. Rendamkan Biskut

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. Lapis-lapiskan

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. Letak Topping

Seterusnya, taburkan serbuk nestum. Nak tabur milo pun bolhe, ikut suka anda.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shawatie Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0