fbpx

Cara Buat Bakso Paling Simple. Campak-Campak Je Siap.

iCookAsia

Resipi bakso ini paling mudah sebab hanya perlu menyediakan sup bakso dan sambal lada. Bebola daging pula boleh dibeli terus daripada pasaraya ataupun peniaga yang sedia ada. Tiada sukatan khas untuk resipi ini jadi sediakan mengikut citarasa.

 

Bahan Kuah Bakso :

10 biji Bawang Merah

5 ulas Bawang putih

3 biji Buah keras

2 inci Halia

 

Cara :

1. Kisar dan tumis semua bahan diatas sehingga agak garing dan naik bau.

2. Kemudian tulang lembudan sedikit daging untuk membangkitkan lagi rasa.

3. Masukkan air secukupnya. Selepas itu masukkan satu sudu besar lada putih dan perasakan dengan gula dan garam.

4. Selepas itu, masukkan bebola daging dan renehkan sehingga pecah minyak.

 

Resipi Sambal Lada :

Cili api segenggam (pilihan)

5 tangkai cili kering yang direbus

1 sk Cuka

1 ulas Bawang putih

Sedikit kuah sup

Garam gula

 

Cara :

1. Kisar semua bahan di atas.

 

Bahan lain :

Sos cap tamin/Mudim

Kicap tamin

Sumber : Fara Lome

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x