fbpx

Cara Buat Brownies Confirm Kedut, Mudah Sangat

iCookAsia

Buat brownies kena berkedut, baru sedap kan. Resepi yang kami kongsikan ini memang sedap dan mudah. Kalau jadi, boleh jual tau 😁

Jom kita try.

Terima kasih untuk Chaiya Jarunee atas perkongsian resipi Brownies Kedut ini 😊


Bahan-bahan:
170g dark choc compound
90g butter(salted)
35g cocoa powder
100g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur B
135g gula halus

Cara-cara:
1. Pukul gula bersama telur menggunakan whisk sehingga gula larut.
2. Cairkan choc dengan butter sehingga larut. Masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
3. Masukkan adunan gula dan telur tadi dan kacau rata.
4. Masukkan tepung dan kacau lagi menggunakan whisk.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang dialas dengan parchment paper. Panaskan oven, bakar pada suhu 160°c selama 30-35 minit api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Chaiya Jarunee (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x