fbpx

Cara Buat Kek Batik, Lagi Lembut Lagi Sedap Nak Makan

iCookAsia

Peminat kek batik kena cuba resepi kali ini. Dengan tekstur yang lembut dan manis, lagi sedap nak makan. Buat sikit memang tak cukup, bila buat sendiri lagi puas hati dan boleh juga makan sambil tengok drama. Tahu-tahu dah habis.

Jom try.

Terima kasih Ct Krul untuk perkongsian resipi Kek Batik ini 🙂

Bahan- bahan:
1 bungkus roti marie
125 g buttercup
1/2 tin susu pekat
3 sudu serbuk koko
1 cawan milo
2 biji telur
1/4 cawan air panas
1 sudu esen vanila

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan butter dengan menggunakan api yang perlahan.
  2. Kemudian, masukkan susu pekat, serbuk koko, milo dan kacau semua.
  3. Bila dah sebati masukkan telur. Kacau bagi sebati dan masukkan air panas serta esen vanila. Kacau-kacau lagi supaya sebati semua.
  4. Sambil itu, kalau rasa manis sangat tambah serbuk koko lagi. Kalau sudah elok, tak perlu. Boleh masukkan roti.
  5. Dah letak roti kacau-kacau bagi sekata nampak kering sikit dan pekat boleh tutup api. Boleh rasa jika roti sudah lembut dan tak keras. Biarkan sekejap di situ.
  6. Akhir sekali, ambil dan letak dalam loyang. Masukkan ke dalam peti ais selama 4 atau 5 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ct Krul(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x