Kek merupakan satu dessert yang sangat sedap dan sesuai untuk dihidangkan dalam majlis. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis kek yang telah dijual di kedai-kedai. Tapi hari ni, ada satu resipi untuk buat kek tanpa perlu guna oven pun. Senang kan?
Jom Admin share.
Terima kasih Azrina Rina untuk perkongsian resipi Kek ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (Sukatan Cawan):
4 biji telur gred A
1 cawan santan
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula
Bahan B (Diayak):
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, campurkan semua bahan di atas dan mix sehingga kembang dalam anggaran 5minit.
- Kemudian, tambah marjerin dan dicairkan 1/2 cawan.
- Gaul guna senduk sehingga sebati.
- Seterusnya, agihkan beberapa bahagian untuk letak warna yang berkenan.
- Tuangkan dalam loyang dan bakar sehingga masak dalam anggaran 1 jam dengan api yang kecil.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azrina Rina(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos