fbpx

Cara Buat Kek Kampung, Sangat Simple Dan Bakar Guna Dapur Gas Sahaja Tau

iCookAsia

Kek merupakan satu dessert yang sangat sedap dan sesuai untuk dihidangkan dalam majlis. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis kek yang telah dijual di kedai-kedai. Tapi hari ni, ada satu resipi untuk buat kek tanpa perlu guna oven pun. Senang kan?

Jom Admin share.

Terima kasih Azrina Rina untuk perkongsian resipi Kek ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Sukatan Cawan):

4 biji telur gred A

1 cawan santan

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan gula

Bahan B (Diayak):

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan semua bahan di atas dan mix sehingga kembang dalam anggaran 5minit.
  2. Kemudian, tambah marjerin dan dicairkan 1/2 cawan.
  3. Gaul guna senduk sehingga sebati.
  4. Seterusnya, agihkan beberapa bahagian untuk letak warna yang berkenan.
  5. Tuangkan dalam loyang dan bakar sehingga masak dalam anggaran 1 jam dengan api yang kecil.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azrina Rina(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x