fbpx

Cara Buat Kek Marble Jelita Yang Confirm Menjadi.

iCookAsia

Bukan calang-calang Kek Marble, Kek Marble Jelita yang dikongsikan Samsiah Hj Mat Ali ini cukup fluffy dan gebu gebas. Untuk panduan bersama, Samsiah turut berkongsi video panduan langkah demi langkah untuk rujukan.

 

Bahan A :

110 gm Tepung kek ( self raising flour)

90 gm Gula kastor

1/2 sb Serbuk penaik (baking powder)

1 sk serbuk Vanila

3 biji Telur gred A

25 ml Susu cair

1 sb Ovalette

 

Bahan B :

80 gm Mentega – dicairkan

 

Cara :

  1. Kacau bahan A sehingga rata dan putar sehingga gebu dan warna bertukar krim.
  2. Kemudian masukkan mentega yang dicairkan. Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam loyang.
  4. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 140c dan bakar selama 60 minit.
  6. Masukkan loyang di bahagian rak paling bawah.
  7. Selepas siap dibakar, hiaskan dengan gula manik.

Rujuk video untuk panduan :

Video rujukan

 

Kredit resipi & foto : Samsiah Hj Mat Ali

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x