fbpx

Cara Buat Kek Pisang Yang Mudah, Sedap Dan Mesti Puas Hati!

iCookAsia

Kalau tak pernah buat Kek Pisang pun boleh buat tau. Mudah sahaja dan resepi in mudah untuk diikuti. Bukan itu sahaja, boleh bawa bekal untuk jamuan atau makan petang bersama keluarga.

Jom try.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:
4 biji pisang berangan
1 cawan minyak masak
1/4 sudu kecil garam
1 cawan gula perang
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda penaik
2 biji pisang berangan, dihiris nipis (hiasan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan telur, minyak, garam dan gula perang ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Potong pisang, masukkan ke dalam pengisar bersama vanila, kisar lagi.
  4. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda penaik ke dalam mangkuk.
  5. Tuangkan campuran pisang dan kacau rata.
  6. Tuangkan ke dalam tin 8 atau 9 inci yang dialas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
  7. Susun hirisan pisang di atasnya.
  8. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x