fbpx

Cara Buat Kek Victoria Sandwich Yang Mudah.

iCookAsia

Mesti ramai yang terliur melihat Kek Victoria Sandwich ini kan?  Gabungan strawberi segar, whipping cream dan kek span yang padat memang cukup mengujakan. Setiap gigitan terasa tekstur yang berbeza dengan padanan rasa masam manis.

Jom cuba resipi perkongsian Keroroyz Royz ini.

 

Bahan Kek :

175 gm Tepung naik sendiri (diayak)

175 gm Butter

3 biji Telur

100 gm Gula kastor

1 sudu kecil Esen vanila

 

Bahan hiasan :

6-7 biji Strawberi  – hiris nipis

150 gm Whipping cream

1 sudu kecil Snow powder / icing sugar

100 gm Jem strawberi

Cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 180c (160c fan).
  2. Griskan dan kemudian alas dua buah loyang bersaiz 7’ dengan baking paper.
  3. Dalam bekas yang lain, putar mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga adunan licin.
  5. Bahagikan adunan kepada loyang, pastikan sama rata. Hentakkan sedikit loyang selepas masukkan adunan supaya kek tidak berongga.
  6. Susun strawberi di atas satu adunan dan satu lagi dibiarkan kosong.
  7. Bakar adunan selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
  8. Sejukkan loyang di atas rak dawai sehingga kek boleh dikeluarkan daripada loyang.
  9. Sediakan bahan hiasan. Pukul whipping cream sehingga soft peak dan sapukan di atas permukaan kek yang kosong. Kemudian sudukan jem strawberi dan susun baki hirisan strawberi di atasnya.
  10. Kemudian letakkan kek yang ada lapisan strawberi di atasnya dan taburkan snow powder.

Kredit resipi & foto : Keroroyz Royz

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x