fbpx

Cara Buat Kuih Kaswi Bergedik, Yang Penting Rasa Sedap Dan Lembut

iCookAsia

Kuih kaswi ini merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai sehingga sekarang tau. Mana tidaknya, dengan teksturnya yang lembut dan memang sedap bila dimakan tu. Buat untuk makan petang pun sesuai.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Norhaslizawaton Eton perkongsian resipi Kuih Kaswi ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan gula merah (Boleh guna serbuk yang gelap itu)

1 cawan gula putih (3/4 cawan kalau mahu kurang manis)

5 cawan air masak

Secubit garam

1 helai daun pandan

(masak 5 bahan ni sampai larut dan sejukkan)

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

2 sudu besar air kapur

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan tepung dan air gula merah.
  2. Kacau dengan whisk sampai sebati dan tapiskan.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas plastic atau disapu minyak.
  4. Kemudian, kukus selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak.
  5. Akhir sekali, tunggu sejuk dan boleh dipotong serta digaul dengan kelapa putih bersama sedikit garam secukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhaslizawaton Eton(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x