fbpx

Cara Buat Tomyam Yang Mudah Dan Sedap. Memang Kaw Rasanya!

iCookAsia

Mesti ramai suka makan tomyam kan? Ia antara hidangan yang paling simple dan sekejap sahaja untuk dibuat. Bukan itu sahaja, resepi tomyam ini juga sedap dan tomyam juga terdapat banyak jenis seperti Tomyam Putih, Tomyam Ayam dan banyak lagi. Memang puas hati dapat makan. Digandingkan pula dengan Kailan Ikan Masin.

Jom try.

Terima kasih Fatimah Saari untuk perkongsian resipi Tomyam ini šŸ™‚

Bahan- bahan:

Bahan A:

3 batang serai (titik)

1 inci lengkuas (titik)

1 inci halia (hiris nipis)Ā 

8-10 biji cili padi

Akar ketumbarĀ 

3 sudu besar pes tomyam thaiĀ 

Dua biji limau (perah dan ambil air sahaja)

4 cawan airĀ 

Ayam potong kecil-kecil

Bahan B:

Cendawan

CarrotĀ 

Bunga kubis

BroccoliĀ 

Tomato

Bawang potong daduĀ 

Daun limau purut

Daun ketumbarĀ 

Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak air sampai mendidih.
  2. Masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam dan akar ketumbar serta kacau sebati.
  3. Kemudian, biarkan ia selama 2 minit dan seterusnya masukkan ayam dan tutup periuk. Biarkan ayam empuk sedikit dalam 6 hingga 8 minit.
  4. Buka penutup dan masukkan bahan B serta tambah air kalau tidak cukup bersama air limau, garam.Ā 
  5. Akhir sekali, tunggu sampai sayur lembut sedikit dan sudah boleh tutup api. Sedia untuk dihirup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Saari(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x