fbpx

Cara Dapatkan Jala Yang Halus Dan Sempurna. Ini Petuanya.

iCookAsia

Tidak ramai yang mahir menggulung kuih jala walaupun cara membancuh adunannya agak mudah. Menurut pemilik resipi, Muhamad Fadzul Ilahi Azhar, untuk mendapatkan jala yang halus dan sekata, tangan kena cepat dan jangan tekan botol terlalu kuat atau perlahan.

Malah sewaktu melipat, lipat kepada tiga bahagian dan baru digulung supaya saiz sama besar. Gunakan kuali non stick bersaiz 8 atau 9 inci dan gunakan spatula silikon. Gunakan botol tiga kaki untuk paipkan bancuhan.

Jom ikuti beberapa perkongsian resipi roti jala.

Roti Jalan Pandan :

1 kilo Tepung gandum

2 sb Gula

1 sb Garam

3 biji Telur

3 helai Daun pandan – kisar / pes pandan

1-2 sk Pewarna hijau Epal

1 tin Susu cair

Air

250 gm Minyak

 

Roti Jala Kuning :

1 kilo Tepung gandum

2 sb Gula

1 sb Garam

3 biji Telur

2 sk Pewarna kuning telur

1 tin Susu cair

Air

250 gm Minyak

 

Roti Jala Coklat :

1 kg Tepung gandum

3 biji Telur

6 sudu besar Serbuk koko – tengok nak gelap atau cerah

6-8 sudu besar Gula

½ sudu besar Garam

250 gm besar Minyak msak

500 ml Full cream – nak sedap lebihkan susu daripada air biasa

Air ikut kepekatan, jangan pekat sangat, jangan cair sangat

 

Cara :

  1. Kacau semua bahan dalam mangkuk dan kisar halus.
  2. Semasa dikisar, jika ada pusaran di tengah dan boleh masukkan satu ibu jari, bermakna adunan cantik.
  3. Jika tiada pusaran, masukkan lagi air sehingga ada pusaran di tengah.

Sos Coklat :

Bahan :

200 gm Milk chocolate

100 gm Dark chocolate – boleh gunakan Van Houten

150 gm Susu full cream + Susu cair

 

Cara :

  1. Gunakan kaedah double boiled untuk cairkan adunan. Jika cair tidak mengapa kerana ia akan pekat selepas sejuk.

Kredit resipi & foto : Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x