fbpx

Cara Masak Asam Pedas Ayam, Senang Sahaja Nak Buat Hidangan Ini

iCookAsia

Kalau dapat makan Asam Pedas Ayam pun best juga kan? Bukan setakat ikan atau daging sahaja, tapi ayam pun boleh dibuat masak asam juga. Yang penting, memang sedap. Kalau makan ni mesti tak cukup satu pinggan sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Har Ryea perkongsian resipi Asam Pedas Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Ayam (Potong dan bersihkan)

Bahan B (Dikisar):

Cili kering (Direbus)

2 biji bawang besar

3 atau 4 ulas bawang putih

1/2 halia (saiz ibu jari)

1/2 kunyit hidup (saiz ibu jari)

1 sudu besar lada hitam

Belacan

Bahan C:

Serai (Diketuk)

Daun kesum

Bunga kantan

Asam jawa

Garam dan Ajinomoto

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan serai yang sudah diketuk. Biar sekejap.
  2. Masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar. Tumis sampai sedikit garing dan naik minyak. masukkan sedikit air dalam blender dan kocak-kocak untuk tambah sebagai kuah nanti.
  3. Kemudian, masukkan ayam pada rempah yang sudah garing dan curahkan air dari blender tadi. Kacau rata. Jika kuah agak-agak ikut banyak ayam, kalau yang suka cair, tambah sahaja air lagi.
  4. Masukkan pes asam jawa (Adabi) dan kacau rata hingga kuah mendidih.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto. Kacau perlahan-lahan.
  6. Masukkan daun kesum dan biarkan ia terus mendidih. Kalau ada bunga kantan, belah serta masukkan sekali dengan daun kesum.
  7. Akhir sekali, kacau rata dan sampai naik minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Har Ryea(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x