fbpx

Cara Masak Resepi Crispy Beef Ni, Dijamin Sedap Dengan Kerangupannya!

iCookAsia

Kadang-kadang mesti rasa pening nak masa kapa untuk tengahari kan? Apa kata cuba satu resepi ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Crispy Beef atau Daging Rangup. Dengar pun dah tahu sedap. Confirm bertambah nasi ni.

Jom kita try.

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Crispy Beef ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Diperap):

400 g daging

1 biji telur

2 ulas bawang putih

1 sudu besar Lada sulah

5 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar kicap cair

Kalau boleh, perapkan 30 minit awal

Bahan B:

1/2 biji bawang Holland

2 ulas bawang putih

2 sudu besar empingan cili

1 sudu besar bijan

1 sudu besar kicap manis

2 sudu besar cuka

3 sudu besar sos tomato

Garam dan gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, untuk perapan tadi, gaulkan sebati dan kita perapkan 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tersebut kalau boleh dihiris nipis-nipis.
  2. Apabila sudah siap perap, gorengkan daging tadi dalam minyak yang panas.
  3. Bawang holland  tadi dihiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau caramelized kan. Bawang ini yang buat crispy beef nanti special.
  4. Seterusnya, tumiskan bawang putih yang dicincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh.
  5. Apabila semua bahan tumisan tadi sudah wangi, masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan menerih sekejap.
  7. Masukkan bawang holland yang telah di caramelized kan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang rasa kick.
  8. Masukkan juga bijan yang telah di sangai terlebih dahulu. Tutup api dapur.
  9. Akhir sekali, masukkan daging yang telah digorengkan tadi. Gaulkan sebati. Boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x