fbpx

Cara Masak Resepi Kari Ayam Yang Mudah, Sedap Dan Mengenyangkan

iCookAsia

Kalau dapat makan Kari Ayam untuk lunch pun sedap juga kan? Dengan rasa kepekatan kuah kari lagi, memang terasa nikmat makan hidangan tersebut. Bukan itu sahaja, disajikan pula dengan nasi panas. Bertambah makan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Roskaryati Abu Bakar perkongsian resipi Kari Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

I kg daging atau ayam

2 paket rempah kari daging babas

Santan

3 sudu kerisik.

2 tangkai daun kari.

Bawang putih, bawang merah, sedikit halia (dimayang)

Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis

Kentang dan carrot (jika suka)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, daging atau ayam dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dan kerisik.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Apabila kekuningan masukkan daging atau ayam yang digaul dengan rempah kari dan kerisik tadi.
  4. Kemudian, tambah 2 cawan air.
  5. Masak daging atau ayam tersebut sehingga ayam itu nampak empuk.
  6. Apabila sudah pecah minyak masukkan santan.
  7. Kalau suka pekat tambah sedikit air sahaja dalam santan.
  8. Seterusnya, jika sudah mendidih masukkan kentang.
  9. Jika kentang sudah empuk masukkan cili hijau atau cili merah. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roskaryati Abu Bakar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x