fbpx

Cara Memasak Masakan India, Ayam Varural. Sedap Dan Senang Je Nak Buat Rupanya.

iCookAsia

Sudah kita sedia maklum yang Rakyat Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum. Jadinya, makanan atau menu hidangan Malaysia ini bermacam-macam, dan sesama kaum menikmati hidangan berlain kaum. Seperti Nasi Lemak, bukannya orang Melayu sahaja yang menikmatinya, orang Cina, India, Iban dan lain-lain juga makan. Ada yang menjadi kegemaran kaum lain tau, walaupun ianya daripada masakan Melayu.Ā 

Seperti Hidangan Ayam Varural yang telah dikongsikan daripada seorang pengguna Facebook ini. Hidangan yang beliau nikmati memang cukup lengkap, hidangan kaum India. Adanya kuah dhal dan papadom. Wah, lengkap dan puas betul ni kalau dapat makan kan? Buat anda yang tertanya bagaimana rasanya Ayam Varural ini, perkataan varural ini bermaksud goreng. Tetapi penuh dengan rempah. Haaa, nak tahu rasanya bagaimana? Jom cuba!

Terima kasih Eryn TJ untuk perkongsian resipi Ayam Varural ini šŸ™‚

Bahan-bahan:

Ayam setengah ekor potong kecil

1 sudu besar Serbuk kunyit *

2 sudu besar Serbuk Cili *

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam *

2 sudu besar Garam MasalaĀ 

Seinci halia tumbuk *

3 ulas bawang putih tumbuk *

1 biji bawang besar hiris kasarĀ 

6 Tangkai cili kering potong 2Ā 

1 sudu besar Jintan manisĀ 

1 sudu besar Jintan putihĀ 

1 sudu besar kicap pekatĀ 

Cara memasak:

  1. Perap ayam bersama bahan yang bertanda (*) selama 30 minit dan goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
  2. Guna minyak goreng ayam dan masukkan bawang besar yang di hiris kasar, cili kering, daun kari, Jintan manis dan Jintan putih dan gaul rata.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng, Masukkan 1 sudu besar Serbuk Cili, 1 sudu besar garam Masala dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar besar kicap pekat, perasakan dengan gula garam secukup rasa
  5. Akhir sekali, taburkan dengan daun ketumbar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Eryn TJ (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x