fbpx

Cara Membuat Cekodok Atau Jemput-Jemput Pisang Yang Rangup Diluar dan Lembut Didalam. Nikmatnya Sarapan Pagi Ini.

iCookAsia

Cekodok pisang atau jemput-jemput pisang sangat enak dihidang dan dimakan pada waktu sarapan pagi. Ada yang menambah bahan yang lain untuk nampak lebih meriah. Tetapi, cekodok pisang masih menjadi kegemaran ramai. Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada cara nya untuk membuat cekodok ini rangup di luar dan lembut didalam. Juga, cekodok nampak bulat cantik sahaja. 

Mengikut perkongsian resipi ini, boleh diadunkan banyak-banyak dan simpan ke dalam tupperware. Simpan dalam peti sejukdan kalau anda nak makan lagi, boleh terus goreng selepas ini. Mudah kan?

Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi Cekodok/ Jemput-jemput Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan pisang yang sudah dilenyek (gunakan pisang yang sudah betul-betul masak dan kemudian lenyek-lenyek menggunakan gelas plastik)

1 sudu teh membukit gula

Sedikit garam

1 sudu teh membukit baking soda

2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas/besen. Gaul adunan sehingga sebati (guna tangan dan tak perlu guna senduk). Tutup permukaan besen menggunakan tudung periuk. Peram seketika dalam 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak guna api sederhana. Apabila minyak sudah panas. Jemput-jemputkan adunan. Sentiasa kacau membulat. Sudah garing, boleh toskan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x