Kalau teringin makan congo bar, boleh cuba buat sendiri. Resipi ini pun mudah tak perlu guna mixer, tiada oven pun tak apa boleh guna Air Fryer je. Jom tengok resipi ini.
Terima kasih Nik Nur Amirah untuk perkongsian resipi Congo Bar ini 🙂
Bahan-bahan:
150gm butter
250gm gula perang
½tsp esen vanilla
3 biji telur
320gm tepung (gandum/self raising)
2 sk baking powder (kalau pakai tepung gandum)
200gm cip coklat /bar coklatÂ
50 gm almond flake
Hiasan:
Chip choc
Almond flake
Cara membuat:
- Mix sebati gula dan butter. Nak guna mixer atau senduk pun boleh.
- Masukkan telur sebiji, kacau sebati. Masuk telur kedua, kacau sebati dan yang ketiga, kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan secubit garam. Kalau tak suka bau vanilla, letak sikit sahaja untuk kurangkan bau hanyir telur.
- Masukkan tepung yang sudah diayak. Kalau guna tepung naik sendiri, tak perlu letak baking powder.
- Masukkan cip coklat dan bar coklat. Kacau sebati sekejap sahaja, kalau lama nanti coklat bar tu hancur.
- Masukkan adunan ke dalam loyang, tabur cip coklat dan almond.
- Bakar pada suhu 150°c selama 45 minit. Ikut suhu oven masing-masing. Loyang 9×9.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nik Nur Amirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos