fbpx

Cara Membuat Hidangan Ayam Gepuk Ala Pak Gembus. Nikmati Sambal Berapi Di Rumah.

iCookAsia

Admin pasti ramai yang penggemar hidangan Ayam Gepuk daripada Ayam Gepuk Pak Gembus, kan? Lebih-lebih lagi buat yang suka makan pedas-pedas ni. 

Sejak PKP, jadi susah untuk kita nikmati. Jadi, jom Admin kongsikan resepi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus daripada seorang pengguna Facebook ini. Rasa pedas berapi tu masih ada. Kalau nak kurang pedas, boleh adjust kuantiti cilinya ya. 

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Ayam Gepuk ini 🙂

 

Bahan-bahan untuk Rebusan Ayam:

3 ketul ayam whole leg

3 ulas bawang putih*

1 inci kunyit hidup*

1 batang serai*

1/2 inci lengkuas*

1 sudu besar biji ketumbar*

2 helai daun bay

4 biji bawang merah kecil*

Air secukupnya

Caranya:

  1. Kisar halus bahan-bahan bertanda (*). 
  2. Rebus bersama daun bay dan ayam hingga empuk. Toskan ayam dan goreng hingga garing (rujuk video). 

Bahan-bahan untuk Sambal Gepuk:

4 ulas bawang putih*

5 biji cili padi hijau*

15 biji cili padi merah*

Segenggam kacang gajus*

2 batang lada merah*

Minyak gorengan ayam

Secubit garam

1 sudu besar gula

1/2 biji limau nipis

Cara membuat:

  1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*). Sekali sekali dimasukan minyak gorengan ayam (boleh rujuk video caranya). 
  2. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula & perah limau nipis.

Bahan-bahan lain:

Tempe goreng

Tauhu goreng 

Timun

Tomato ceri

Sayur kobis

Limau nipis

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x